SEKALI KETUK SEKALI JALAN

Written on 05/16/2025
Sahar Sahad

Sekali Ketuk Sekali Jalan

Staff dan pekerja semua nampak seolah taat dengan arahan kita sebagai leader mereka. Apa yang disuruh dan diarahkan mereka buat, kerja siap.

Tapi ada satu masalah yang biasa dihadapi oleh ramai leader dan usahawan. Staff dan pekerja setakat membuat apa yang disuruh, nothing more. Tak der lah nak ambil inisiatif sendiri memperbaiki keadaan biarpun masalah nampak di depan mata. Jika kita tidak mengeluarkan arahan, maka mereka ‘tak nampak’ apa yang sepatutnya dilakukan.

Sudahnya jadi kes pahat dan penukul, sekali ketuk sekali jalan, sekali ketuk sekali jalan.


Pernahkah kita terfikir mengapa situasi ini berlaku kepada kita?

Dan adakah perkara ini membantutkan perkembangan bisnes kita?

Atau adakah kita selesa dan menerima ia sebagai sesuatu yang normal?


Pernahkah kita bertanya soalan asas ini? 

“Staff dan pekerja menurut arahan kita kerana THEY HAVE TO atau THEY WANT TO?”

Adakah kerana kita adalah Boss dan bisnes ini kita yang punya! Maka sebagai pekerja mereka mengikut arahan kerana mereka adalah pekerja dan tiada pilihan – mereka rasa terpaksa.

Atau bilakah kita akan mencapai tahap dimana staff dan pekerja menjalankan kerja, menurut arahan kerana mereka sendiri yang menerima ia sebagai satu tanggungjawab dan sememangnya mereka sendiri hendak melakukannya?

Ini adalah 2 tahap TERBAWAH didalam fasa-fasa Leadership


Jika 2 fasa ini pun belum kita lepasi, maka eloklah kita berhenti untuk berfikir bagaimana untuk membuat satu transformasi dan mendapat kepercayaan staff dan pekerja kepada kepimpinan kita didalam pengurusan bisnes.

Selamat berbisnes.