Dunia Sunyi Dan Bersendirian Usahawan
Dalam kebanyakan pengalaman dan kes yang kita tahu, memanglah kita akan lebih keseorangan dan berseorangan ketika di dalam keadaan getir dan kesusahan.
Kita akan terasa semacam ditinggalkan. Kita berasa semacam satu dunia sedang pulaukan kita. Padahal ramai yang tak tahu pun keadaan kita. Kita yang terlebih terasa. Kita yang terasa rendah diri dan berkecil hati.
Namun jika benar lah berlaku kita dipinggirkan ketika kita kehilangan banyak benda dan tiada lagi apa-apa, banyak perkara yang kita dapat timba dari pengalaman ini.
Kita kenal siapa kawan sebenar. Ada yang tak mampu pun nak menghulur wang ringgit tapi tetap bertanya khabar dan memberi semangat.
Jika ada yang menjauhkan diri dikala kita tersembam jatuh ke tanah, jangan disalahkan mereka. Tetapi ingatlah wajah-wajah mereka itu agar kita tahu apa yang perlu direspon bila mereka berpatah balik muncul ketika kita kembali berlari.
Tetap akan ada insan yang semakin rapat walau kita tiada apa-apa. Hargai mereka ini sampai mati no matter what.
Kita akan lebih matang dan kuat mental serta kawalan emosi. Jika kita berjaya melepasi fasa ini, we are a better person.
Ini adalah pengalaman berharga. Bertanyalah kepada mereka yang telah melaluinya. Pasti mereka akan berkata jika tidak kerana peristiwa itu, kesilapan itu, insiden itu, maka tidaklah aku berada di tahap ini sekarang.
Ini adalah peluang kita untuk menguatkan kebergantungan diri kita kepada Allah swt. Ini mungkin rezeki kita untuk dikuatkan tauhid kita.
Selamat berbisnes.

