Tidak Cukup Terdesak Punca Usahawan Lemau
1. Dalam kebanyakan kes usahawan yg saya handle dan manage, mereka yang berniaga suam-suam kuku ni disebabkan TIDAK CUKUP TERDESAK.
2. Keadaan mereka mungkin tidak cukup mendesak untuk mereke lebih berusaha.
3. Minda mereka tidak ada push element untuk menolak mereka lebih bekerja keras long hours, etc.
4. Mereka tidak ada pull factors yang besar dan hebat untuk menarik mereka ke depan, berjuang habis-habisan.
5. Mereka lebih santai dan mudah berpuas hati dengan apa yg mereka ada sekarang. Cukuplah.
6. Mereka telah lama hidup susah seadanya, kini telah menerima hakikat yang dicipta didalam minda sendiri bahawa berbisnes ni memang beginilah. Mereka telah terjerumus ke dalam zone SELESA SUSAH.
7. Keyakinan terhadap kemampuan diri semakin terhakis dan menipis. Kalau aku buat pun pasti tak menjadi macam yang sebelum ni.
8. Menganggap hidup kaya dan berjaya tu tamak, mementingkan diri sendiri dan duniawi semata-mata. Dia labelkan orang yang bekerja keras ini tidak fikir pasal nak mati dan tak bawa bekalan ke sana.
9. Dalam minda dah terpaku “ini jer lah untuk aku”.
10. Sentiasa mencari justifikasi kenapa dia harus gagal dan kekal ditakuk sekarang.
Selamat berbisnes.

