Stress Orang Berbisnes
Level stress dan rasa gagal pada kita yang berniaga/berbisnes ni ada banyak tahap.
1. Mula-mula kenal stress berniaga ni memang kita jadi kelam kabut tak tentu arah la. Bila kita gagal buat bisnes rasanya macam kena renjatan elektrik, terkejut. Tergamam. Rasanya macam tiada esok dah bagimu. Tengok orang sekeliling kita sendiri yang rasa malu dan segan macam lah diorang tu tahu apa yang sedang kita lalui. Kita rasa macam losers sangat. Ada sesetengah dari kita jadi cempegha tok ayah.
2. Masuk tahap kedua, kita rasa boleh bertenang skit. Rasa diri ni lebih besar la daripada masalah tu. Kita mula bertanya orang sekeliling, inner circle kita. Kita pun waktu tu dah ada mentor dan orang yang boleh kita rujuk. Kita mula terima bahawa apa yang sedang berlaku ni, is just a process nak berjaya or to the next level. Di fasa ni samada kita berjaya manage the issue properly atau kita semakin terjerumus ke dasar paling dalam.
3. Saban waktu, masalah yang sama tak juga setel malah semakin mengembang dan membesar. Berkait pulak dengan yang lain dan timbul pula isu-isu baru yang kita mula hilang keyakinan diri. Mulalah kembali menyendiri. Kita lebih banyak termenung dah start bercakap sorang-sorang. 'Meeting' sorang-sorang mencari solusi. Kalau begini macam mana, kalau begitu jadi apa pula.
4. Dah cukup menangis dah. Tidur tak pernah nyenyak dah. Di fasa ni kita dah mula fed up bertanya orang yang rapat dengan kita sebab kita rasa tak ada siapa yang faham situasi kita. Kita pun tak boleh nak terang secara terperinci masalah yang kita sedang hadapi ni. Orang yang rapat dengan kita pun tak reti nak paham malah menganggap kita ni megada-adakan cerita. Kita nak cerita masalah kita, dia pulak yang nak kita dengar masalah dia. Di level ni, kita sedang menanggung segalanya bersendirian. Ada yang jadi lebih pendiam dan ada yang bertukar jadi baran mudah triggered, marah-marah. Pasangan rasa kita dah berubah, dah tak sayang dia. Adoi, lagi stress jadinya.
5. Lama-kelamaan jika berterusan kita akan mula gelak-gelak sorang-sorang dah. Mula berfikir yang bukan-bukan, nak buat kerja gila-gila. Berjumpa kawan asyik nak melawak. Kita mencari aktiviti lain yang boleh melupakan kita sekejap dengan masalah sendiri. Orang sekeliling nampak macam demam kita dah kebah tapi diorang tak tahu ia sebenarnya semakin parah. Waktu ni kita pula dihujani dengan masalah orang lain sebab diorang nampak kita macam boleh serap segala isu dan kesulitan. Pada persepsi orang lain, kita ni kuat. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Solusi paling simple tapi tak mudah adalah sentiasa kembali dan berserah kepada Allah SWT.
Selamat berbisnes.

