Persepsi Umum Terhadap Orang Berbisnes.
Hanya mereka yang menjerumuskan diri di dalam dunia bisnes sahaja yang memahami keadaan dunia ini yang sebenar.
Namun masyarakat sekeliling mempunyai perspektif masing-masing terhadap orang berniaga dan berbisnes.
1. Adik-beradik – “Along tu banyak duit buat bisnes. Tapi minta pinjam duit pun tak boleh nak bagi. Kedekut. Berkira betul dengan adik-beradik”.
2. Jiran Tetangga – “ Amboi sakan sungguh diorang berniaga. Keluar subuh balik malam. Mesti banyak duit. Duk kejar dunia sangat ni”.
3. Pelanggan – “ Adoi harga bukan main mahal. Dah kaya nak kaya macam mana lagi. Takkan tak boleh nak bagi harga diskaun kut?”
4. Kawan-kawan – “Hang dah banyak duit dah, takkanlah dengan kawan-kawan pun nak berkira sangat. Bagi harga lebih kurang sudah la”.
5. Pekerja – “Kita kerja teruk-teruk, untung semua dapat kat Boss. Boss duk joli sakan. Tak masuk ofis hari-hari pun. Masuk lambat balik awal jer”.
Orang yang berbisnes – telan ayag lioq – speechless.
Jalan tunduk sambil menahan air mata.
Bertabahlah ya kawan-kawan semua. Hanya orang berbisnes yang faham apa yang kita kena hadap setiap hari.
Selamat berbisnes.

