Kesilapan Biasa Di Dalam Pengurusan Sumber Manusia
Berikut adalah di antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh seseorang usahawan di dalam pengurusan sumber manusia mereka;
1. Expecting the same commitment, usaha dan kerja keras dari staff sebagaimana beliau sendiri komited terhadap bisnesnya sendiri. Awak tu owner, diorang tu staff - pasti tak sama rajinnya. Kalau staff lebih rajin dan komited dari awak, macam peliklah pulak.
2. Berat mulut nak memuji staff. Walaupun pencapaian tu kecil di mata kita tapi pada staff ia sesuatu yang besar. Pujilah sikit, iktiraflah usaha mereka, kita bukan rugi apa-apa pun.
3. Sentiasa agresif mencari salah staff untuk menyalahkan seseorang di dalam organisasi kita. Kalau sesuatu yang tak elok berlaku, ini mesti punca dari seseorang, siapa orang tu. Kita cari sampai ke lubang cacing semata-mata nak menyalahkan dia. Kita pastikan semua orang tahu siapa yang bersalah. Yang penting kita sendiri tak pernah bersalah! Sedangkan approval semua datang dari kita. Kita mudah lupa.
4. Bila sesuatu projek berjaya, kita masuk bakul dan angkat sendiri. Kita rasa itulah kita punya idea dulu (walau pun kita sendiri tahu itu bukan hakikatnya). Kita meminta dipuji. Mana-mana staff yang suka puji-puji kitalah Boss terbaik, pasti jadi the blue eyes boy. Kesayangan kita. Kita ni jenis Boss yang batak dan kemaruk puji-pujian.
5. Kita prefer staff yang mulut manis kepada kita, yang tak melawan cakap kita, yang menurut perintah tanpa engkar, yang tak pernah nak sanggah idea kita. Sedangkan kita bukannya betul semua pun dalam setiap hal. Keadaan ini menjadikan diri kita dikelilingi oleh kumpulan dari kategori YES MAN yang tak ada inisiatif untuk memikirkan sesuatu perkara di luar kotak pemikiran mereka. Mereka ini sekadar buat apa yang Boss suka dan suruh biar pun mereka tahu ia adalah kurang efektif atau bakal memberi kesan tak elok kepada semua. Yang penting Boss hepi dan tak marah-marah.
6. Yang mana sentiasa menyanggah idea dan arahan kita, kita pangkah awal-awal. Kalau boleh kita push dia sampai resign. Mereka ini adakalanya boleh menjadi aset kepada bisnes kita. Mereka inilah yang akan check-and-balance ke atas setiap arahan dan strategi bisnes kita. Berlakunya 'brain drain' ke atas bisnes kita adalah sangat-sangat merugikan.
7. Kita terlalu memfokus kepada CLOCK TIME dan bukannya TASK TIME. Setiap staff kena punctual hadir, balik pulak kita tak suka tengok diorang punctual. Kita lebih mementingkan berapa jam dia bekerja dan bukannya berapa banyak tugasan, kerja dan projek yang berjaya disiapkan di dalam tempoh tertentu.
8. Micro managing ni bukannya semua tak bagus tapi jika keterlaluan kita micro manage setiap staff, staff akan mula malas berfikir sebab dia tahu Boss akan tolong pikirkan semua kerja-kerja dia. Dia hanya menunggu Boss bagi arahan dan silap-silap Boss sendiri yang akan buat semua kerja dia yang susah-susah tu. Sampai bila pun staff tak akan tingkatkan kemahirannya kerana tak pernah buat kesilapan dan tak pernah dapat peluang belajar dari kesilapan.
9. Boss sendiri tak berdisiplin tapi expect semua staff kena ada tahap disiplin yang tinggi. Boss sendiri asyik mungkir janji tapi dia nak setiap staff dia deliver apa yang telah diorang berjanji dan commit. Kita ni dah jadi mak ketam yang suruh anak dia berjalan lurus.
10. Kita tidak prihatin dan sensitif terhadap keperluan motivasi (motivational drive) setiap staff yang tentunya berbeza di antara satu sama lain. Ada staff yang suka dipuji dan diberi pengiktirafan tapi kita tak perasan. Ada staff yang ada career planning mereka sendiri tapi kita tak ada succession plan dan career path program yang jelas kepada mereka. Ada staff yang memerlukan gaji dan duit untuk keperluan peribadi dan keluarga tapi kita suka sangat melabel staff begini sebagai tidak ikhlas bekerja dan mata duitan. Setiap orang berbeza maka kita kena berlaku adil, meletakkan sesuatu perkara itu di tempat yang sepatutnya.
Harap tuan-tuan dan puan-puan yang berjaya membaca sampai habis dan konten ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi, ilham, idea dan manafaat kepada kita semua.
Selamat berbisnes.

