Fokus Pelanggan Sedia Ada
Fokus kepada KUMPULAN PELANGGAN SEMASA kita. Pelanggan sedia ada kita. THE EXISTING CUSTOMERS.
Senaraikan mereka mengikut kategori kekerapan dan amaun pembelian.
Susunkan strategi mengikut kategori-kategori yang disusun.
Pelanggan yang aktif membeli dengan kuantiti dan amaun banyak sekian lama adalah aset berharga kita. Loyalty program dan rewards system perlu ditawarkan.
Pelanggan yang membuat pembelian pertama tetapi terus senyap krik krik masih lagi berpotensi untuk diupgradekan ke kategori seterusnya. Lain pula strateginya.
Mulalah mengumpul data-data ini.
Menurut kajian, untuk mendapatkan bisnes dari pelanggan baru adalah 5x ganda mahal berbanding dengan pelanggan sedia ada.
Maka fokuslah kepada pelanggan sedia ada kita.
Selamat berbisnes.

