APA YANG TERMASUK DI DALAM KOS INVENTORI/STOK

Written on 03/17/2025
Sahar Sahad

Apa Yang Termasuk Di Dalam Kos Inventori/Stok

Ada banyak lagi kos yang terlibat apabila kita menyimpan stok selain dari hanya kos pembelian (purchase price) bahan mentah atau produk. 

Ramai usahawan gagal menguruskan inventori mereka dengan baik sekaligus tanpa sedar sedang menanggung kos inventori yang tinggi.

Usahawan perlu melihat secara holistik dan berikut merupakan kos-kos yang terlibat apabila kita menyimpan inventori/ stok.


1. Storage Costs

  • Ia termasuk sewaan ruang penyimpanan di warehouse, ofis, cold storage dan juga di retail shelf space (ruang kedai).

2. Tracking Costs

  • Semua bisnes yang ada menguruskan inventori perlu mempunyai kaedah inventory tracking. Samada kaedah manual (lebih memerlukan tenaga kerja) atau sistem IT. Pekerja perlu dibayar gaji dan sistem IT ada maintenance costnya seperti service charges dan license.

3. Insurance

  • Kos pembayaran prenium insuran adalah termasuk. Tak ambik insurance ke atas stok? Kos dan risikonya boleh melangit nanti.

4. Obsolescence

  • Lagi lama satu-satu inventori itu tidak terjual, semakin berisiko ia menjadi obsolete. Produk fesyen baru atau model baru akan mengambil tempat di hati pengguna. 
  • Contoh ketara adalah stok baju-baju raya tahun ni pasti tidak lagi menjadi top best seller untuk tahun depan.

5. Damage

  • Inventori lebih berisiko untuk rosak sekiranya semakin lama ia di dalam simpanan kita. Barang-barang yang tamat tempoh (expired) mempunyai zero value. Kerugian adalah pasti.
  • Cara simpanan yang tidak baik juga menyumbang kepada risiko kerosakan stok. Cara susunan stok dan kerosakan peralatan cold storage adalah contoh-contoh lain.

6. Theft

  • Kebocoran yang perlu dielakkan. Ia pasti berlaku jika tiada tracking system ke atas inventori kita yang terlalu lama tidak "bergerak".

7. Opportunity Costs

  • Ia bukanlah satu "hard cost" (tiada wang fizikal yang terlibat), namun ia adalah satu kos yang nyata dimana kita mempunyai pilihan menggunakan wang yang dilaburkan di dalam inventori untuk digunakan ke atas perkara lain yang dapat menjana pendapatan.
  • Contoh:- gunakan untuk budget iklan dan sebagainya.

8. Restocking Costs

  • Kos terlibat setiap kali stok dipesan dari supplier atau menjalankan production. Kos ini biasanya adalah fixed amount tidak kira berapa kecil atau besar jumlah inventory yang terlibat.

9. Out-of-stock Costs

  • Kos yang selalu terlepas pandang oleh ramai usahawan. Kita pasti kehilangan bisnes atau peluang bisnes sekiranya stok yang kita ada tidak mencukupi.
  • Sekiranya bisnes kita dianggap selalu 'out-of-stock' maka reputation akan terjejas dan kita akan kehilangan pelanggan. 

Pengurusan inventori yang efektif adalah bagaimana kita menyeimbangkan kos-kos 1–7 dengan kos-kos 8 & 9.

Kos-kos 1 hingga 7 adalah kos yang terlibat sekiranya terlalu banyak stok disimpan, manakala kos-kos 8 dan 9 wujud jika kita kurang menyimpan atau kehabisan stok.

Selamat berbisnes.