Bila Sepatutnya Kita Mengembangkan Bisnes Kita
Tanda-tanda yang biasa kita tahu bahawa bisnes kita sedang berkembang adalah bila kita merasakan segala ‘kerajinan’ dan ‘kerja keras’ kita seolah-olah tidak mencukupi.
Jadual kerja kita penuh tak cukup tangan nak handle, pekerja sedia ada tidak lagi dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dek kerana terlalu ‘sibuk’, sebelum kualiti kerja/produk di ‘compromised’ maka kita memerlukan bantuan untuk menggaji pekerja atau pekerja tambahan.
Permintaan pelanggan melebihi apa yang kita tawarkan, oven di dapur tak dapat lagi nak siapkan pesanan yang datang bertimbun. Pelanggan beratur panjang berebut meja makan yang seolah-olah terhad bilangannya. Ini juga merupakan perkara biasa berlaku dan membuatkan kita terpikir, "adakah ini masanya yang sesuai aku mengembangkan bisnes ini"?
Analogi yang biasa saya guna bila menerangkan isu ini adalah seperti kita sedang membina otot-otot badan. Kita tahu bahawa apabila otot-otot badan terasa ‘kejang’ dan sakit bermakna ia sedang melalui proses development – nak tambah strength dan terus membesarlah tu.
TETAPI, apa yang saya lebih tekankan di sini adalah persoalan – ADAKAH KITA BENAR-BENAR BERSEDIA UNTUK MENGEMBANGKAN BISNES KITA DAN MEMBAWANYA KE ‘NEXT LEVEL’?
Persoalan ini timbul kerana banyak bisnes kita dapat lihat di luar sana amat maju beroperasi dijalankan di bawah pokok ceri, tapi bila masuk restoran atau bercambah bilangan, semakin susut pulak prestasinya.
Ada yang makin ditambah pekerja makin merudum pulak hasilnya! Patut la ada usahawan yang ‘berbalik’ kepada size dan cara asal selepas pengalaman trauma ini.
Di mana yang tak kena ni?
PENDAPAT SAYA (boleh disangkal, kita meraikan perbezaan pendapat) adalah seperti di bawah ini, Terus membaca!
Petunjuk-petunjuk di bawah amat perlu kita ‘settlekan’ dulu sebelum mencorak perancangan untuk bercambah;
- POSITIVE CASH FLOWS
Cliché bunyinya, ramai usahawan yang tahu bahawa petunjuk baik di dalam memantau prestasi bisnes bukanlah semata-mata dilihat kepada tahap PROFIT yang berjaya direkodkan TETAPI keupayaan bisnes kita menjana ALIRAN TUNAI yang positif juga perlu diutamakan.
Adakah servis/ produk kita sedang dilandasan baik sentiasa menjana positive cash flow? Perkara ini adalah asas berbisnes, pastikan ianya berlaku sebelum kita fikirkan untuk membawa bisnes kita ke ‘next level’.
Jika tidak, lagi laju kita berkembang, maka kemusnahan kita akan menggunung exponentially!
- CONSISTENT EFFICIENCY IN OPERATIONS
Adakah bisnes kita berjaya mengekalkan consistency dan uniformity di dalam pengeluaran produk dan servis yang diberikan? Adakah kita cukup mantap dari segi pengurusan operasi?
Adakah lengakap dokumentasi S.O.P kita agar bisnes kita ‘scalable’?
Bagaimana pula dengan working culture di dalam bisnes anda? Dah stabil? Cuba terapkan budaya kerja baik dan value yang tinggi di dalam minda dan hati warga pekerja.
Fokuslah mencari ‘formula’ ini, dapatkan ‘the best practices’ dan tambah baik untuk lebih efisien sebelum kita fikirkan untuk membawa bisnes kita ke ‘next level’.
- SOKONGAN KUMPULAN PROFESIONAL
Pernah saya terdengar seorang ikon usahawan berjaya mengatakan bahawa beliau berjaya ke tahap ini kerana dikelilingi oleh pakar-pakar yang membantu beliau menguruskan pertumbuhan bisnes beliau.
Pakar-pakar ini termasuklah Akauntan, Peguam, Bankers, Penasihat, Business Coach, Pelabur dan Pembekal yang baik.
Adakah senarai lengkap ini kita dah ada. Lengkapkanlah sebelum kita fikirkan untuk membawa bisnes kita ke ‘next level’.
- BUSINESS PLAN & FINANCIAL PLANNING
Jelas ker arah tuju ke mana kita nak pergi? Pastikan kita dah ada ROADMAP nya! Business Plan yang baik bukan sekadar untuk mendapatkan pinjaman dari bank atau bila memohon Grant dari agensi kerajaan tetapi perlu digunakkan sebagai garis panduan kita memandu arah bisnes kita.
Bagaimana pula dengan perancangan kewangan kita? Dah buat financial budget? Berapakah amaun yang kita perlukan untuk berkembang? Bagaimana kita akan utilisekan sejumlah wang yang kita dah ada atau bakal perolehi?
Settlekan yang ini juga sebelum kita fikirkan untuk membawa bisnes kita ke ‘next level’.
- PROFITABLE PRODUCT LINES & DIVERSE CUSTOMER BASE
Pastikan juga servis dan produk kita menjana profit margin yang baik. Setiap kumpulan produk dan jenis servis yang kita jual/berikan dah ‘stabil’.
Apabila ini telah berlaku, kita di posisi yang baik untuk memperkenalkan product lines yang baru. Bila products lines yang baru juga mendapat sambutan baik dan terus menjana keuntungan dan positive cash flow, maka the next step adalah untuk kita melihat possibility menjarah kumpulan, segment pasaran yang baru.
Fokus juga kepada keupayaan kita menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan distribution channel dan logistic sebelum kita fikirkan untuk membawa bisnes kita ke ‘next level’.
Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.
Kalau dah baca, hadamkan, fahamkan dan bertindaklah.
Jumpa anda di NEXT LEVEL nanti!
Selamat berbisnes.

