Yang Tak Betul Kita Kata Tak Betul
Bukanlah saya ni penyokong tegar majikan berbanding kumpulan staff pun.
Ada orang kata TS ni sided on majikan jer. Semua benda staff yang tak betul.
Tapi saya menyanggahlah pendapat yang mengatakan semuanya salah majikan, silap management bila berlakunya kepincangan daripada pihak pekerja dan undang-undang.
Pekerja dan staff pun banyak tak betulnya yang menyumbang kerugian (banyak pihak yang tak ambil peduli pun atau buat-buat tak nampak) kepada syarikat dan bisnes. Dan banyak benda yang diluar kemampuan majikan untuk mengubahnya.
Contoh?
Attitude, daya tahan dan fokus pekerja terhadap task yang diamanahkan kepada mereka.
Simple solution sebenarnya ada iaitu keep recruiting dan keep filtering (expel dan termination).
Jangan tangguh-tangguh bila tak tertahan dengan hasil kerja dan masalah yang dibawa dan dicipta sendiri oleh sebahagian staff kita.
Tak buang yang lama, mana nak datangnya yang baru. Duk simpan yang busuk, mana nak eloknya yang lain-lain. Akan berjangkit dan merebak wabak yang dibawa.
Tak gitu?
Saya nasihat ni berdasarkan daripada pengalaman sendiri dalam pengurusan staff dan team.
Selamat berbisnes.

