3 Perkara Kritikal Pengurusan Kewangan Bisnes
Ramai yang bertanya:
Apakah perkara yang kritikal didalam memastikan kemajuan bisnes?
3 perkara yang sentiasa saya suka tekankan kepada usahawan.
Jaga betul-betul 3 perkara ni:
1. Sales
- Yang ni orang kita memang cekap kalau bersembang. Tapi sales tetap penting.
2. Profit Margin
- Menjual berjuta-juta tapi kalau tak ada untung, lebih baik niat bersedekah daripada awal.
- Masalah utama disini, usahawan tak reti pasal product costing, business cost structure dan strategi meletakkan harga. Main ikut sedap hati, main ikut-ikut orang lain.
3. Cash FLOW
- Sajer tulis huruf besar perkataan FLOW tu. Bukan banyak atau sikit cash didalam akaun yang penting, tapi LIQUIDITY atau kecairan aliran tunai tu yang penting. ALIRAN kena lancar.
- Menjual juta-juta kena beringat nak collect jugak yer. Jangan bertapuk hutang lapuk didalam rekod sahaja nanti. Tersangkut cash flow nanti.
Bila ada duit 'lebih', jangan gatal tangan konon nak pergi melabur ke dalam perkara-perkara atau benda-benda yang memBEKUkan cash kita tu. Contoh... pergi beli property.
DUIT nak rolling jangka pendek pun tak cukup, tapi kau kononnya nak melabur JANGKA PANJANG.
Selamat berbisnes

