3 MATLAMAT KEWANGAN BISNES

Written on 12/20/2024
Sahar Sahad

3 Matlamat Kewangan Bisnes

Penubuhan sesebuah entiti bisnes harus dimulakan dengan matlamat mutakhir dikemuncak atau dipenghujungnya. Permulaan yang tidak dirancang kemuncak atau penghujungnya akan merencatkan perkembangan sesebuah bisnes, malah di dalam sesetengah kes keadaan ini akan tidak membawa entiti bisnes berkenaan mencapai potensi optima yang tidak direncanakan untuknya.

Matlamat kewangan sesebuah entiti bisnes adalah satu keutamaan untuk difokuskan sebelum matlamat-matlamat yang lain dapat dicapai.

Berikut adalah 3 matlamat kewangan bisnes mengikut turutan yang harus diberi perhatian:

1. CASH FLOWS: Matlamat untuk mencapai Aliran Tunai yang lancar dan tersedia mencukupi tepat pada masa dan ketika ia diperlukan adalah sasaran utama sesebuah entiti bisnes dari fasa awal penubuhannya sehingga ke fasa-fasa seterusnya.

2. PROFITABILITY: Seterusnya agenda mengoptimakan kos pengeluaran, operasi, pentadbiran, pemasaran dan perbelanjaan kewangan perlu difokuskan sebelum aktiviti-aktiviti meningkatkan tahap jualan dipertingkatkan.

3. EQUITY VALUE: Matlamat mutakhir kewangan sesebuah entiti bisnes adalah mempertingkatkan nilai ekuiti entiti bisnes berkenaan ke tahap nilai yang lebih tinggi dan dapat memberi pulangan pelaburan dan keuntungan modal kepada pelabur.

Selamat berbisnes.