Tips Meningkatkan Value Diri Usahawan
Ramai dikalangan kita yang berbisnes memang kuat bekerja, namun tetap di dalam kitaran Rat Race. Cukup satu pusingan, kita balik semula ke titik mula, ulang-ulang benda dan aktiviti yang sama.
Sedar-sedar usia pun dah lanjut, kudrat semakin kurang. Kerja semakin kuat sampai tak ada masa untuk diri sendiri, tapi hasil macam tu juga, malah semakin berkurangan.
Usahawan yang bijak akan berfikir untuk masa hadapan dan meletakkan target untuk diri sendiri apa yang perlu dicapai. Dan salah satu strateginya adalah meningkatkan keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa tips untuk meningkatkan value diri seorang usahawan.
1. Setiap bulan memperuntukkan sejumlah bajet untuk mendapatkan ilmu baru. Samada melalui pembelian buku-buku ilmiah, biografi dan case study atau subscribe portal-portal yang bermanfaat.
2. Sentiasa didalam projek menaik taraf diri dari segi academic qualification. Habiskan Diploma, Degree dan Master. Mungkin ada yang ambil sampai ke tahap PHD. Belajar balik ni bukan semata-mata untuk dapatkan sijil atau ijazah tetapi untuk sentiasa berada didalam learning mode.
3. Keep ambil professional and technical certifications bergantung kepada jenis bisnes kita.
4. Ada bajet untuk dibimbing mentor, coach atau consultant didalam bidang yang kita belum mahir.
5. Ada bajet menghadiri classes, seminars and conventions. Selain untuk menimba ilmu baru, ia bertujuan juga untuk melebarkan network kita. Know who juga lebih penting selain dari know what dan know how.
6. Ada bajet untuk kemudahan yang selesa dan baik. Kenderaan, tempat tinggal, kasut, bantal, katil. Tak semestinya yang besar-besar dan mahal, tetapi yang selesa berkualiti. Objektifnya jelas, badan cukup rehat, emosi dan mental terjaga.
7. Memperuntukkan masa untuk sesi tadabbur Al-Quran, mengaji, mendalami ilmu agama dan mendampingi orang-orang alim.
8. Memperuntukkan masa dan tenaga untuk projek kebajikan membantu orang lain. Sesimple mengopi dengan kawan-kawan yang sedang struggle dan kita menawarkan empathy dan nasihat serta idea.
9. Tak perlu nak sign up mana-mana membership mahal untuk gym. Tapi kena ada drive dan disiplin yang tinggi lah untuk exercise sendiri. Kat rumah pun boleh, kat public recreation area pun boleh.
10. You are what you eat. Tak semestinya yang mahal tu bagus untuk diri kita. Kurangkan, kalau boleh elakkan processed food. Kurangkan 5 benda putih ni - gula, garam, tepung, susu dan nasi.
Kesemua yang di atas ini untuk meningkatkan daya saing dan kemampuan diri kita di dalam menerajui dan mengurus bisnes. Semakin tinggi pengetahuan dan skil kita, semakin kekal sihat tubuh badan, maka semakin lebih berpotensi bisnes kita
Selamat berbisnes.

