Orang Bisnes Tak Sapot Orang Bisnes
Sedihnya bila saya dapat tahu dan mendengar cerita sesama usahawan SME pun susah nak sapot rakan usahawan yang baru bermula.
Alasan pelbagai dan itu hak masing-masing.
Tapi semacam kita dah lupa sewaktu kita bermula nak naik dulu, ramai kawan-kawan lain yang membantu. Membantu dari segi moral, kewangan dan juga pembelian produk kita. Walau pun banyak nyer kekurangan kita pada masa tu, kawan-kawan tetap datang sapot.
Kawan yang datang sapot tu bukannya nak membeli sangat pun produk kita yang tak seberapa kualitinya dan tak ada keperluan pun untuk mereka berbelanja. Tapi kawan-kawan ini tahu kita baru bermula, banyak ruang untuk diperbaiki, banyak input penambahbaikan perlu diberi, maka mereka beli.
Mereka beli sebab tak nak tengok perniagaan kita mati. Mereka beli sebab nak tengok kita dari merangkak mampu berdiri seterusnya berlari.
Kini tiba giliran kita pula 'membantu' usahawan-usahawan yang baru nak belajar berniaga.
Kualiti produk tak stabil, kualiti tak konsisten. Itu kita tahu kebanyakan mereka yang baru bermula memang begitu. Tapi jangan kita tutup pintu peluang rapat-rapat langsung tak bagi muka.
Kita beli, kita beri feedback. Kita beri cadangan dan seterusnya galakan. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk berubah dan improve mana yg patut. Kita dah buat part kita.
Tak rugi pun kita buka peluang kepada usahawan-usahawan lain, balasan lebih daripada itu akan datang kepada kita.
Kalau ternyata bagus, kita tolong promote. Bagitau kepada lebih ramai orang lain untuk sapot kawan kita ni.
Kalau kita jadi reseller produk kawan ni, bukan semata-mata kerana untung kita membantu. Jangan la sebab dijangka produk dia bakal tak ada sambutan atau bergerak perlahan di gondola kita, kita tolak mentah-mentah untuk masuk ke kedai kita.
Memang la tak terkenal branding produk usahawan yang baru bermula. Packaging dan design pun biasa-biasa jer. Orang baru belajar.
Kita nak bandingkan dengan jenama-jenama yang dah berpuluh tahun di pasaran, mana logiknya. Kita sapot la, beli la dan tolong promote sekali. Kita tak promote macam mana dia nak mula dikenali?
Ada yang tak beli sebab harga mahal. Macam la kita tak tahu kenapa mahal. Tak semua sebab letak harga sebegitu sebab nak untung besar.
Ada yang tak gheti pun kira product costing dan tak pandai nak letak harga. Kita ajar la. Kita bimbinglah.
Tapi selalunya harga mereka lebih tinggi dari produk-produk lama lain di pasaran kerana mereka tak ada economic of scale. Kos per produk mereka dah tinggi. Mereka tak ada volume untuk nego dengan supplier.
'Tugas' kitalah kena sapot mereka. Supaya bila sales naik, volume naik, maka kos per produk akan jadi rendah dan mereka mula dapat bersaing dari segi harga. Kita juga yang kembali untung satu hari nanti.
Orang berbisnes ramai yang bersembang kencang pasal konsep berkongsi rezeki. Sembang!
Tapi bila sampai ke bahagian nak sapot bisnes dan produk sesama kita yang baru nak up ni, banyak pulak alasan macam-macam kita beri.
Sedih.
Kepada yang berhadapan dengan situasi kena reject semua ni, jangan mudah berputus asa. Ramai lagi sahabat-sahabat usahawan di luar sana yang masih berpijak di bumi nyata, tak macam kadok naik junjung.
Move on, In Shaa Allah kita akan dibantu.
Selamat berbisnes.

