PERSEPSI UMUM TERHADAP ORANG BERBISNES

Written on 03/17/2025
Sahar Sahad

Persepsi Umum Terhadap Orang Berbisnes.

Hanya mereka yang menjerumuskan diri di dalam dunia bisnes sahaja yang memahami keadaan dunia ini yang sebenar.

Namun masyarakat sekeliling mempunyai perspektif masing-masing terhadap orang berniaga dan berbisnes.


1. Adik-beradik – “Along tu banyak duit buat bisnes. Tapi minta pinjam duit pun tak boleh nak bagi. Kedekut. Berkira betul dengan adik-beradik”.

2. Jiran Tetangga – “ Amboi sakan sungguh diorang berniaga. Keluar subuh balik malam. Mesti banyak duit. Duk kejar dunia sangat ni”.

3. Pelanggan – “ Adoi harga bukan main mahal. Dah kaya nak kaya macam mana lagi. Takkan tak boleh nak bagi harga diskaun kut?”

4. Kawan-kawan – “Hang dah banyak duit dah, takkanlah dengan kawan-kawan pun nak berkira sangat. Bagi harga lebih kurang sudah la”.

5. Pekerja – “Kita kerja teruk-teruk, untung semua dapat kat Boss. Boss duk joli sakan. Tak masuk ofis hari-hari pun. Masuk lambat balik awal jer”.


Orang yang berbisnes – telan ayag lioq speechless

Jalan tunduk sambil menahan air mata. 

Bertabahlah ya kawan-kawan semua. Hanya orang berbisnes yang faham apa yang kita kena hadap setiap hari. 

Selamat berbisnes.