Bisnes Semakin Maju, Kita Semakin Malas
Nampak gayanya semakin lama kita berbisnes semakin 'malas' otak kita mencari Solusi.
Semua cabaran dan permasalahan rasa susah dan mustahil nak dicari jalan keluar.
Balik-balik duk bercerita pasal masalah staff lah, modal pusingan tak cukup untuk beli stok, jualan sendu, berniaga dah lama tapi tak nampak duit ke mana, bilangan pelanggan tak ramai, market sendu, pesaing buang harga dan sebagainya.
Cuba ingat semula, masa kita mula-mula berbisnes dulu tu ada ker staff yang bagus, duit yang banyak dan dimulakan dengan pelanggan yang ramai? Malah kita masuk dulu pun pesaing dan sememangnya ramai.
Boleh jer kita bawa bisnes ni sampai ke tahap sekarang. Itu dulu, semasa kita tidak ada apa-apa. Semasa kita baru bermula.
Semuanya boleh buat sendiri, kalau tak pandai kita pergi minta tolong orang lain buatkan, tak cukup duit kita gunakan apa yang ada untuk menarik jualan masuk.
Mulut kita paling ramah senyum paling manis menarik pelanggan. Kita guna skil mengorat orang masuk ke premis kita. Kita kreatif guna apa yang kita ada masa tu. Aset diri kita.
Kreatif betul otak kita bila semuanya serba kekurangan.
Tetapi saban masa bisnes semakin rancak cara kita berfikir semua nak kena ambil jalan pintas.
Bila ada ramai staff, segalanya kita lepas tangan mengharapkan semua perkara selesai dan tip top tanpa kita endah nak memantau. Kita lepas tangan untuk mengurus.
Duit masuk banyak, mengalir keluar pun deras. Beli tu beli ni, upgrade itu upgrade ini tanpa kisah teliti memikirkan ROInya.
Konfiden betul bila dah ramai customers minat kat kita. Berhenti terus otak kita memikirkan perkara-perkara baru utk memuaskan hati pelanggan baru dan yang sedia ada.
Bila tersangkut jer sikit, kita lupa cara nak fikir. Tak der langsung kreativiti kita.
Nasihat saya duhai rakan-rakanu sahawan, jika kita tersangkut-sangkut bergerak di dalam berbisnes, apa kata kita berhenti sekejap untuk meneliti masalah yang sedang kita hadapi tu.
Jika kita kena ikut 'cara lama' yang dulu pernah kita guna, why not?
Kita satu masa dahulu tersangatlah kreatif, berani, rajin, dinamik dan hebat, kenapa sekarang dah jadi lembik dan lemau?
Selamat berbisnes.

