ISU STAFF - BACK TO BASIC

Written on 05/16/2025
Sahar Sahad

Isu Staff - Back To Basics

Isu staff adalah perkara yang feveret dikalangan usahawan.

Feveret bukan bermakna suka. 

Tapi inilah hakikatnya cerita yang tak pernah habis-habis.

It's a process nak majukan apa-apa bisnes pun. Kena hadap juga. Melainkan kita bela kambing atau tanam pokok dan kerja-kerja semua tu pula kita sorang-sorang yang buat semua.


Isu tetap ada, kecik atau besar, kadang-kadang, jarang-jarang atau selalu berlaku, itu saja bezanya. Ia tetap akan kita kena hadap.

Saper suruh jadi majikan kan? 

Perkara paling asas yang kita kena ada berkaitan isu staffing ni adalah kita mempunyai polisi dan struktur pengurusan pekerja yang tersusun.

Kita tahu siapa yang kita harus terima sebagai tenaga kerja didalam organisasi kita.

Kita mempunyai sistem untuk develop pekerja kita. 


Kita mempunyai reward system yang jelas.

Kita mempunyai sistem penilaian yang tersusun, berstruktur. 

Dan yang terpenting adalah LEADERSHIP QUALITY kita kena jugaklah improved dari semasa ke semasa.

Selamat berbisnes.