Isu Gaji Minima
Isu gaji minima. Jika terkesan nak kena patuh new requirement nih, tak payah pikir panjang nak bersedih bagai, ambil tindakan berikut;
1. Dah kena ikut peraturan, jangan terlebih kreatif nak mengelak. Ramai pekerja yang tak kisah pun kalau majikan kena saman asalkan hak mereka dipatuhi. Ikut jer had gaji minima tu. Kaki report memang ada.
2. Semak balik monthly expenses sebelum ni yang kita dengan rela hati berikan kepada pekerja. Kalau nak tarik balik, tariklah. Tak melanggar apa-apa undang-undang. Kita yang bagi sebelum ni, kita boleh tarik ikut suka kita. contoh, free flow milo, kopi, teh, gula, biskut kat pantry tu. Elaun tu, elaun ni pun boleh dikaji semula.
3. Semak harga produk kita sekarang ni. Kalau takut nak revise, kita boleh keluarkan produk baru (atau jenama baru) dengan harga yang lebih tinggi. New SKU, new brand. Target segment yang boleh bayar harga lebih premium.
4. Hentikan produk yang menjana rugi. Jangan buat-buat tak nampak, nanti bisnes lingkup, tak pasal-pasal semua hilang kerja.
5. Tambah bisnes servis yang dapat menjana lebih margin berbanding bisnes jual produk. Pikirlah lebih sikit.
6. Mula ketatkan performance review dan appraisal berkala. Bagi berbaloi bayar gaji hanya kepada pekerja yang perform. We need to keep players in our team, bukan yang kaki tumpang tapi kuat komplen gaji tak cukup.
7. Boleh tukar model bisnes kita. Modified supaya bisnes kita tak perlukan jumlah pekerja yang ramai. Outsourced sebahagian proses kerja kepada pihak ketiga salah satunya.
8. Optimakan penggunaan teknologi. Lebih bergantung kepada automation dan machines juga satu pilihan.
9. Gajikan pekerja yang lebih berpengalaman. Gaji lebih tinggi tak apa tapi sorang boleh buat beberapa kerja. Multi-skill. Yang lebih berpengalaman dan matang selalunya lebih inisiatif tak perlu dikawalselia setiap masa.
10. Ramai dikalangan kita prefer ambik yang baru masuk alam pekerjaan. Gaji lebih rendah katanya. Tapi diorang ni mentah giler. Banyak benda tak tahu. Banyak perkara kena diberitahu. Gaji murah pun tak guna kalau kerja tak siap dan asyik kita nak kena monitor dan mengajar sentiasa.
Pekerja ada hak mereka, begitu juga dgn majikan.
Selamat berbisnes.