Info Asas Cash Flows Bisnes
Beberapa perkara yang ramai newbies terlepas tahu pasal Cash Flows bisnes.
1. Sales atau Jualan tu bukan Cash Flows. Jual tapi belum dikutip bayarannya maka belum terjadi aliran tunai masuk ke dalam kantung bisnes kita. Duk kejar sales jee, kena kejar customers juga untuk bayar. Sales collection kena tip top.
2. Profit atau untung yang tercatat dalam rekod atau Penyata Kewangan juga bukanlah bersamaan dengan Baki Tunai. Sebab tu banyak kali kita boleh dengar usahawan merungut ke mana pergi duit kita, untung banyak tapi tak nampak duit. Yang ni kena belajar asas accounting. Jangan malas.
3. Duit pinjam harus diasingkan dari duit yang dijana dari kutipan hasil jualan. Jangan bercampur. Jika tidak, kita masih duk rasa lega nampak duit banyak (sebab dapat loan) dalam akaun tapi tak beri perhatian kepada sales yang merudum atau ramai yang berhutang tak bayar. Sedar-sedar duit habis, hutang loan masih banyak berbaki. Hancuss!
4. Duit masuk dan duit keluar semua kena rekod, dan dikategorikan kepada 3 iaitu dari Aktiviti Operasi, Aktiviti Pembiayaan, dan Aktiviti Pelaburan secara berasingan, jangan bercampur aduk. Kena tahu setakat mana aktiviti-aktiviti Operasi kita productive didalam menjana positive cash flows pada setiap hari/minggu/bulan atau tahunan.
5. Pembunuh utama banyak bisnes adalah ALIRAN tunai yang tersangkut-sangkut tak lancar. Jualan tunai adalah strategi utama untuk memperbaiki aliran tunai. Jangan bangga ramai orang berhutang dengan kita.
Semoga bermanfaat.
Selamat berbisnes.