Cash Flow Ketat
Ada pelbagai cara untuk sesebuah bisnes memiliki Baki TUNAI yang mencukupi meskipun sedang mengalami KERUGIAN.
Ilmu tentang perbezaan diantara CASH dan PROFIT harus dimiliki oleh para usahawan.
Pengurusan Cash Flow adalah mencabar oleh kerana corak aliran tunai masuk dari sumber-sumber PENDAPATAN tidak ‘regular’ berbanding dengan pattern aliran tunai keluar untuk perbelanjaan yang ‘recurring’ secara konsisten setiap masa.
Jumlah Jualan yang merosot bukanlah masalah Cash Flow, ia adalah masalah Sales atau Produk itu sendiri.
Masalah Cash Flow adalah bilamana tahap Jualan berada ditahap yang baik tetapi tunai ter‘beku’ didalam bentuk inventori atau Akaun Penghutang (receivables) dan pada masa yang sama kita berhutang dengan pihak ke-3.
Baki didalam akaun bank tidak mencukupi.
Menangani masalah Cash Flow ini kadang-kadang kita hanya perlu men‘cairkan’ Akaun Penghutang (receivables) atau inventori yang tersadai lama di dalam stor atau display rack.
Tunai ada didalam bisnes kita, tetapi didalam bentuk hutang yang belum dibayar oleh pelanggan dan aset-aset yang lain terutamanya stok dan inventori. Jangan diabaikan juga aset-aset tetap lain yang tidak lagi digunakan dan menyumbang kepada pengeluaran produk dan hasil jualan, cairkan.
Ada pelbagai cara lagi untuk kita dapat menyelesaikan masalah Cash Flow ini.
Setiap usahawan sebenarnya berkeupayaan untuk menggalas tugas akauntan didalam bisnes mereka, malangnya mereka tidak mempunyai cukup masa!
Sekiranya anda sebagai usahawan ingin sentiasa memiliki pengetahuan penuh ke atas kedudukan Cash Flow bisnes anda, dapatkan mereka yang dapat menggalas tugas menyediakan laporan kewangan dan menganalisa kedudukan kewangan syarikat.
Selamat berbisnes.