Banyaknya Jawatan Kita Pegang
Kalau kita masih menjalankan bisnes mengunakan entiti SOLE-PROPRIETORSHIP atau didalam bahasa mudahnya 'ENTERPRISE', agak sedikit (mungkin banyak) ganjilnya jika kita membawa dan memegang 'title' berikut;
- CHAIRMAN (PENGERUSI)
Di dalam mesyuarat mana yang kita nak pengerusikan ni? Dengan siapa dan dengan kumpulan mana pulak kita nak bermesyuarat setiap minggu atau pada setiap bulan?
- MANAGING DIRECTOR (PENGARAH URUSAN)
Setiap hari kita mengurus (Managing) dan memberi arahan (Direction) tidaklah sampai kita perlu menggunakan nama jawatan Managing Director ni. Lain struktur pengurusan di dalam entiti sole-proprietorship.
- EXECUTIVE DIRECTOR (PENGARAH EKSEKUTIF)
Tak perlu dinafikan kita 'bekerja' di dalam entiti bisnes ini tetapi bukan ker kita wajib ke atas segalanya di dalam entiti jenis ini. Tidak wujud pula NON-EXECUTIVE DIRECTOR di dalam entiti ini.
- MEMBER OF BOARD OF DIRECTORS (AHLI LEMBAGA PENGARAH)
Confirmlah kita memang tak tahu pasal ilmu persyarikatan kalau kita tetap nak memegang title ni. Nak kata salah ker kalau terus nak pakai title ni...? taklah salah tapi tak betullah.
Jom pergi cari ilmu persyarikatan. Jangan bodoh sombong ya.
Selamat berbisnes.