Dunia Ini Pentas Ujian
Jika kita terasa sentiasa dihadapkan dengan segala cabaran dan halangan, beringatlah bahawa dunia ini adalah satu pentas ujian. Jangan berterusan nak rasa hairan.
Jika kita berasa hasil dan usaha dirasakan tidak sepadan, kita akan cepat bosan dan penat, beringatlah bahawa rezeki itu telah dijanjikan, tak pernah salah alamat dan tidak pernah lewat hadirnya.
Jika kita merasakan seakan nak give up sebab terasa terlalu penat, bayangkanlah pada bila-bila masa nyawa akan diambil dan satu hari masa nanti kita dihisab. Jangan dijadikan rasa penat kita ini untuk berhenti berusaha beribadat.
Tidak ada sesuatu itu berlaku secara kebetulan. Dan tidak ada satu pun berlalu tanpa ada balasan.
Selamat berbisnes.