Pelanggan Adalah Punca Segalanya – Pilihlah Dengan Bijak
- Wujudnya bisnes kita, terus kekalnya bisnes kita adalah selagi ia kekal relevan di pasaran.
- Objektif bisnes kita adalah untuk menjana keuntungan hasil lebihan dari Jualan ditolak segala kos dan perbelanjaan.
- Datangnya jualan adalah dari transaksi kita dengan pembeli dan pelanggan.
- Tahap kualiti pembeli dan pelanggan kita yang menyumbang samada kita dapat menjana keuntungan atau tidak.
- Ada pembeli dan pelanggan yang 'mahal' kosnya; kos nak menguar-uarkan kepada mereka (marketing), kos nak meyakinkan mereka untuk membeli (selling) dan kos nak maintain relationship untuk repeat order (engagement).
- Bukan setakat mahal tetapi membebankan kita dari segi masa dan tenaga melayan kerenah mereka.
- Salah memilih dan melayan jenis pembeli dan pelanggan, sengsaralah bisnes kita.
- Sebab tu dari awal kita perlu jelas kumpulan spesifik mana yang kita nak sasarkan? Jenis pembeli yang macam mana nak kita jual produk kita? Pelanggan pe'el macam mana yang nak kita maintain untuk terus berurusan dengan mereka.
- Padankan target kita ini dengan kemampuan dan kapasiti juga keupayaan bisnes kita untuk memberi produk mencukupi yang berkualiti, begitu juga dengan servis.
- Kita bukan sahaja nak menjual kepada pembeli dan plelanggan tetapi kita nak berurusan dengan mereka yang boleh memberi lebih value dan keuntungan kepada bisnes kita untuk tempoh jangka masa panjang.
- Kita nak deal dengan mereka yang bukan sahaja boleh membuat pembelian berulang-ulang tetapi mereka ini juga jenis yang cukup ikhlas memberi cadangan, feedback utk penambahbaikan dan sebagainya.
- Untunglah bisnes kita jika pelanggan yang kita tatang ini adalah juga promoter tegar untuk bisnes kita, 'Membawa' lebih ramai pembeli baru tanpa sebarang imbuhan langsung yang perlu dijanjikan.
- We are in control! Kita yang boleh memilih!
- Jangan terima kesemua yang datang, jangan membuka pintu kepada potential problem.
- Jangan dikejar short term sales tapi sengsara menanggung long term losses.
- Jangan jadi khadam kepada customers yang berlagak sebagai KING!
- Ingatlah, kalau kita tak nak menjual, mereka pun kena 'mampu' nak membeli.
Pilih yang baik-baik sepadan dengan kita.
Selamat berbisnes.