JANGAN TAKUT NAK BERPISAH

Written on 05/16/2025
Sahar Sahad

Jangan Takut Nak Berpisah

Tak perlu kita berterusan menanggung sakit kepala dengan mereka yang tidak mahu menurut kata dan melengkapkan tugasan yang diberi.

Kenapa kita pula yang duk makan hati apabila setiap arahan dan "permintaan" kita disanggah.

Ni company siapa? Ni bisnes siapa? 

Siapa yang lebih menanggung risiko dan kerugian jika kerja tak jalan, arahan tidak dilaksanakan?

Jawapannya jelas, kita sendiri. Tapi kenapa kita masih ragu-ragu nak bertindak berpisah dengan staff yang lebih menyusahkan?


Ada macam tak ada, malah lebih menyusahkan.

Bukanlah kita nak menganiaya sesiapa. Tapi kalau dah sampai setiap masa menyusahkan orang lain, orang lain pulak yang nak kena "cover" si pemalas tak berdisiplin ni, tak ada cara lain dah.

Berpisah jer lah.

Jangan duk takutlah nak buang staff yang sebegini. Duk simpan buat apa lagi?

Proses staff keluar masuk tu adalah biasa dan sentiasa berlaku. Yang sesuai akan kekal, yang tidak sesuai perlu ditukar ganti.

Lagi lama kita bertangguh, maka lagi kita tidak berlaku adil kepada bisnes kita dan diri sendiri, juga kepada performing staff yang lain.


Ada sesetengah orang memang tak ada hati kat bisnes kita. Datang "bekerja" ikut law sendiri, sekadar mencukupkan hari untuk sebulan gaji.

Disiplin, kualiti kerja, komitmen, keharmonian dengan yang lain, janganlah kita nak harap lebih-lebih.

Yang mana sayangkan bisnes kita, yang mana bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, maka yang itu kita harus jaga bagai menatang minyak yang penuh.

Yang selebihnya kita bagitau "out you go...".

Selamat berbisnes.