Staff Problem? Tindakan Segera Diperlukan
Apakah langkah terbaik menangani staff yg 'problem'? - KELUARKAN dari organisasi bisnes kita secepat mungkin!
Jangan ditunggu lebih lama kononnya takder orang nak ganti mengambil alih tugas dia nanti. Lebih baik tak ada orang nak buat kerja-kerja tu dari kita yang menanggung lebih banyak masalah.
Usahawan mana yang tak pernah rasa serabut dengan pe'el staff? Kalau tak pernah, maknanya dia tak pernah ada stafflah.
Antara tugas kita yang terpenting di dalam menguruskan sesebuah bisnes adalah merekrut staff yang terbaik dan meletakkan mereka diposisi yang paling bersesuaian untuk mereka 'perform'.
Sebagai majikan, 'we are in control' dan bukannya staff yang asyik 'buat perangai' ni.
Tak ramai yang boleh menerima saranan ni. "Hire people more talented than you are!" KIta ni bukan tahu semua dan jangan ego sangat untuk merekrut orang lain yang lebih tahu banyak perkara dari kita.
Recruiting, developing dan replacing staffs adalah SATU PROSES yang berterusan. Jangan sesekali berhenti. Melainkan kita nak bisnes terkaku tak berkembang.
Jangan menggunakan alasan 'aku dah trauma...' tak nak ambil staff dek kerana pengalaman kurang enak yang lalu,
Saban masa, kita pun seharusnya semakin bijak dan lebih berpengalaman untuk membuat penilaian dan keputusan lebih baik berkaitan dengan staffs.
Human RESOURCES harus diuruskan dengan baik, jika kita sendiri tak mampu nak mengurus, gajikan mereka yang lebih berkebolehan.
Yang utama, bisnes kita tak boleh diuruskan oleh kita sendiri secara berseorangan.
Selamat berbisnes.