NASIHAT KEPADA STAFF YANG BERHASRAT UNTUK RESIGN

Written on 03/17/2025
Sahar Sahad

Nasihat Kepada Staff Yang Berhasrat Untuk Resign

Kepada staff yang nak resign kerana nampak gaji yang lebih tinggi di sebelah sana, saya nasihatkan perkara-perkara berikut:

1. Kita cukup kenal tak Boss kat sana macam mana. Kat sini kita tahu dah baik buruk, wangi busuk Boss kita. Dan seburuk-buruk (perangai la bukan muka dia) Boss kita di sini, kita dah biasa dah, kita tahu dah macama mana nak hadap. Kat sana memang nampak dari luar bakal Boss kita tu macam baik pijak semut tak mati, macam proper jer uruskan bisnes dia, tapi manalah tau kan.

2. Kita pun bukannya sesempurna mana pun, tapi Boss kat sini dah terima kita punya lembab, kita punya cuti sakit setiap hujung bulan/public holiday seadanya. Rasa-rasanya Boss kat sana nanti boleh tolerate tak dengan kelembapan dan sifat mudah lupa kita ni?

3. Kawan-kawan sepejabat di sini dah ngam dah dengan kita. Ada yang macam family pun. Kerja boleh main cover-cover each other. Almaklumlah, mood kita pun ada pasang surut, so geng-geng setempat kerja boleh tolong coverkan. Kat sana nanti kita kena bermula dari awal tau, kena buat kawan baru, jangan nak main, buat hal, kerja slow, kerja banyak silap. Mana ada kawan baru yang nak tolong kita nanti.

Kita bagi 3 point ni dulu. kalau masih nak resign jugak, saya sambung nanti point-point lain ya.

Selamat berbisnes.