KITA TAK TAHU APA YANG KITA TAK TAHU

Written on 03/17/2025
Sahar Sahad

Kita Tak Tahu Apa Yang Kita Tak Tahu

Ada masanya semua perkara kita buat dah betul dah. 

Strategi kita, tindakan kita dah sepatutnya menghasilkan apa yang kita target

We simply do not know what is going on and what went wrong. 


Nasihat saya disini adalah:

1. Do not blame totally on ourselves. Kita dah cuba habis daya dah. Kita dah buat semua yang kita tahu dah. Tapi bukan masanya ia menjadi seperti yang kita inginkan. 

2. Inilah yang dikatakan rezeki. Kalau belum sampai masanya kalau bukan milik kita, memang tak dapatlah apa yang kita rancang tu. 

3. Banyak faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita yang menyumbang kepada apa yang sedang kita hadapi sekarang ni. Adjust yang mana boleh untuk adapt suasana baru ni. Mungkin kita rasa susah sikit tapi cubalah bertahan. 

4. Letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Dia nak bagi Dia bagi. Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Berbaik sangkalah kepada Dia. 

5. Jadikan situasi sekarang dan apa yang sedang kita hadap ini untuk memantapkan lagi akidah dan tauhid kita. Segala yang berlaku sudah ditetapkan dan tidak sama sekali sia-sia. 


Banyak-banyak bersabar sambil tetap bersyukur kerana kita masih ada Dia. 

Selamat berbisnes.