Dunia Berbisnes VS Dunia Makan Gaji
Ramai jer rakan-rakanusahawan kita sekarang ni yang bergaji lebih rendah dari apa yang mereka pernah terima sewaktu bekerja dengan orang lain dulu.
Bukan setakat lebih rendah, malah tidak tetap. Ada bulan dia ambik gaji, ada bulan dia tak ambik sebab mengutamakan orang lain dan tanggungjawab kepada staff.
Tapi setakat ni jarang sangat kita boleh jumpa mereka yang dah start berbisnes pergi mencari kerja makan gaji balik. Ada tu memang ada tapi tak ramai lah.
1. It’s not all about salary dan berapa duit bulanan yang kita dapat dari bisnes kita ni. Ada banyak perkara lain yang membuatkan rakan-rakan usahawan kita terus kekal di dalam dunia perniagaan.
2. Time flexibility salah satu sebabnya. Bukan lebih banyak masa terluang malah rasa macam tak pernah cukup masa. Tetapi kebebasan kita untuk apa masa digunakan tu memang pricelesslah.
3. Memberi solusi dan menyelesaikan masalah orang lain dengan cara kita sendiri memang membahagiakan meskipun ada kalanya pelanggan atau clients tidak secara zahir mengucapkan terima kasih.
4. Anak-anak membesar di depan mata. Dapat menyuap sendiri makanan ke mulut mereka. Dapat melayani rutin mereka. Pengalaman kalut mengimbangi kerja bisnes dan keluarga yang sangat-sangat berharga tidak dapat diganti semula jika sudah terlepas. Dapat lebih masa berada di samping pasangan memang best.
5. Kita ada cara kita sendiri. Kita ada kaedah kita sendiri. Kena cara kena gaya maka In Shaa Allah berhasil sepertimana yang kita sasarkan. Tak perlu mengikut telunjuk orang lain. Kita dapat berkarya. Ini yang mahal tak boleh diganti. Kita ikut cara kita sendiri.
6. Kegagalan tetap ada, masalah pasti timbul. Sendiri cari pasal sendiri yang menanggung tapi kita tetap berpuas hati. Kita yg dapat belajar kita yang kumpul pengalaman. Atas pada kita sendiri bagaimana nak mengubah berusaha menyusun hidup sendiri menggunakan pengetahuan, ilmu dan pengalaman lalu.
7. Kita sedang menyusun dan membangunkan sebuah sistem penjana pahala berterusan untuk diri sendiri. Biar kita telah ke alam lain, semoga ilmu bermanfaat yang kita sebarkan, semoga hasil sumbangan sedekah jariah dari perniagaan ini menjadi “tali pusat” untuk kita di sana.
8. Fardhu kifayah. Someone has to do it. Kita mengambil cabaran dan menggalas tanggungjawab ini untuk memajukan ekonomi ummah. Menawarkan yang bersih halal toyyiban dan syariah compliance memenuhi tuntutan agama. Menyatukan agama dalam kehidupan menentang cara sekularisme. Ini perjuangan kita.
Setiap orang ada visi dan misi. Pantang berundur tak akan mengalah.
Selamat berbisnes.