CLOSING DEAL

Written on 02/16/2025
Sahar Sahad

Closing Deal

Keputusan customer untuk beli atau tidak, gunakan servis kita atau tidak, seringkali berubah-ubah dan kerana ini, strategi anda juga perlu flexible. Supaya anda boleh captured market anda... dan close deal dengan cemerlang.

Dalam menjual apa jenis produk atau servis sekalipun, usahawan perlu bezakan dan seimbangkan strategi marketing bezakan antara persuasion, arrogant or annoying.

Saya sharekan 5 Strategi Close Deal untuk anda semak dan implemen mengikut kesesuaian.

1. Kenalpasti siapa Decision Maker
Dalam apa industri dan bisnes sekalipun, menjual produk atau servis...Pastikan anda tahu siapa decision makernya walaupun anda tidak mengenali mereka secara personal. Kebanyakan company akan menghantar staff mereka untuk mengetahui dan memahami apa yang anda tawarkan...mereka bukan decision maker...pastikan anda kaji interest dan cara berfikir individu utama tersebut supaya anda lebih bersedia dengan proposal dan sales pitch yang memenuhi kehendak, keperluan dan cara individu tersebut.

2. Be Real
Jangan terlalu tamak...jangan gelojoh untuk close deal tanpa memahami keperluan client...Jangan juga terlalu berkira-kira...bagus untuk bersedia...dan boleh menjawab segala soalan client...dan paling penting tunjukkan yang ada kisah tentang company mereka...bukan semata-mata mahu dapatkan sales dan membuat untung...

3. Create Sense of Urgency
Berikan deadline, berikan incentive, discount atau better offer jika mereka bertindak segera dalam membuat keputusan. Berikan client anda kefahaman kenapa produk/servis anda sangat diperlukan oleh mereka...pada waktu dan masa ini.

4. Overcome Objection
Ini adalah normal dalam mendapatkan sales, tak semua client akan bersetuju dengan apa yang anda cadangkan. Saya nasihatkan kumpulkan sales team anda dan fikirkan 1001 objection yang mungkin client anda utarakan, sediakan jawapan untuk setiap persoalan/objection itu. Bagus untuk anda bersedia dengan solution dari anda terdiam di hadapan client.

5. Kenali Pesaing Anda
Apa kekuatan anda, apa kelemahan bisnes anda dan apa pula yang ditawarkan oleh pesaing anda, pastikan semua info ini ada ditangan anda. Kemaskinikan strategi branding positioning bisnes anda, produk dan servis anda untuk menghadapi persaingan dan perbandingan yang bakal diutarakan oleh prospek. Sediakan jawapan kepada persoalan ‘Mengapa anda harus dipilih berbanding dengan pesaing anda?’.

Selamat berurusniaga.

Selamat berbisnes.