Pengurusan ‘Business Resources’
Proses merancang strategi bisnes berkaitan dengan proses mengenalpasti dan memahami perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan apakah resources (sumber manusia, kewangan, maklumat, jaringan bisnes) yang diperlukan untuk pelaksanaan tersebut.
Banyak kali saya berpesan bahawa mengurus bisnes memerlukan kita bijak mengurus resources di satu bahagian dan mengurus risiko di satu bahagian yang lain. Malangnya terlalu ramai usahawan yang terlepas atau tidak mahu mengambil tahu tentang perkara penting ini.
Salah satu kesilapan biasa kita adalah masih memfokus kepada produk atau cabang bisnes kita yang sedang mengalami kemerosoton dan sudah tidak menghasilkan pulangan yang sepatutnya malah dikenalpasti tiada lagi potensi untuk berkembang. Lagi lama kita berbisnes, semakin pelbagai produk yang kita lancarkan, semakin banyak jenis bisnes yang kita cambahkan.
Tetapi di dalam kesibukan kita ber'cambah' dan menambah jenis-jenis produk dan cabang bisnes, kita terlupa nak menyemak yang mana satu sepatutnya kita buang dan tutup terus.
Langkah ini tersangat penting untuk memastikan resources kita yang terhad itu diletakkan dan digunakan sebaik mungkin pada produk, tempat dan bisnes yang betul, yang berpotensi untuk memberi keuntungan yang lebih.
Jangan rasa sayang dan sentimental yang tidak menghasilkan apa-apa perkara baik kepada bisnes kita.
Inventori yang tidak lagi berguna untuk menghasilkan produk lebih relevan masa kini, dispose jer, jual murah-murah pun tak per. Jangan bekukan cash kita di sini.
Begitu juga dengan asset seperti mesin dan kelengkapan yang obsolete dan out-dated. Lepaskan!
Kenalpasti produk atau bisnes kita yang sudah kehilangan market share, customers makin berkkurang, untung per unit semakain menurun adakalanya rugi dan kita yakin ia tiada lagi potensi besar untuk grow.
Cepat-cepat cari jalan untuk 'lepaskan' ia agar kita boleh kembali memfokus kepada produk dan cabang bisnes yang lebih berdaya saing, mula mendapat respon baik pelanggan dan berpotensi untuk lebih maju.
Jom tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ambil sehelai kertas kosong - mula senaraikan produk-produk dan bisnes kita satu persatu. Susun ikut keutamaan yang paling menguntungkan sehingga yang paling merugikan. Atur mengikut yang paling berpotensi untuk terus maju (grow) dan yang mana dah tak ada harapan untuk terus bertapak kukuh di pasaran.
Kemudian buat lah keputusan seterusnya untuk setiap produk dan bisnes yang disusun atur tersebut.
Selamat berbisnes.