TIGA CARA BEKERJA DENGAN BAKAT-BAKAT HEBAT

Written on 03/16/2025
Sahar Sahad

Tiga Cara Bekerja Dengan Bakat-Bakat Hebat

Salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang usahawan untuk bisnes nya adalah terus mencari, mengenal pasti dan merekrut TALENTS.

Di era ini, kita tidak lagi boleh menunggu Talents utk menghantar resume memohon kerja di syarikat kita. Di era ini juga, Talents tidak semestinya bekerja sepenuh masa di dalam syarikat kita, dicarum EPF, SOCSO dan sebagainya.

Be alert di sekeliling kita. Talents are everywhere.

Mereka yang berbakat ini mungkin sekarang ini adalah dalam kalangan customer kita, atau sekarang adalah vendor kita, atau mereka adalah peers rakan usahawan kita. Jika kita tidak dapat menawarkan full time job kepada mereka yang berbakat dan berpotensi ini, beberapa arrangement seperti berikut saya cadangkan:

1. Part Time Basis.

  • Beberapa jumlah jam seminggu (flexible hours) di peruntukkan utk syarikat kita. Mereka boleh bekerja dari lokasi yang kita setujui.

2. Project Basis.

  • Mereka ditawarkan imbuhan mengikut kemahiran masing-masing. Flexible time dan flexible hours asalkan projek disiapkan di dalam tempoh dipersetujui.

3. Successful Basis.

  • Komisen dan imbuhan dipersetujui akan dibayar sekiranya mereka menghasilkan results yang dikehendaki. Komitmen fleksibel.

Buka minda dan lihat dari sudut yang berbeza. Banyak lagi yang kita dapat tawarkan kepada talents di luar utk win-win relationship.

Harap bermanfaat.