5 Langkah Memilih Business Coach
Bisnes coaching adalah satu perkhidmatan profesional oleh Coach Bisnes membimbing usahawan ke arah mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan. Perkhidmatan tersebut meliputi khidmat nasihat, bimbingan di dalam bidang kepimpinan (leadership), pembangunan strategi dan taktikal bisnes.
Seseorang Coach Bisnes juga berkeupayaan untuk membimbing usahawan menambaik set minda dan cara berfikir yang efektif didalam pengurusan sesebuah bisnes.
4 peranan utama seorang Coach Bisnes adalah;
- Menawarkan khidmat nasihat di dalam bidang teknikal, kepimpinan dan pembangunan bisnes keseluruhannya;
- Menganalisa kelemahan dan kelebihan seseorang individu dan bisnesnya;
- Membimbing di dalam merangka strategi bisnes dan pelan tindakan;
- Memotivasi semangat usahawan di dalam mengambil tindakan dan maju ke hadapan.
Seseorang Coach Bisnes yang baik harus memiliki ciri ciri berikut:
- Berpengetahuan dan mampu memberi sokongan teknikal yang baik di dalam bidang yang dibimbing;
- Berpengalaman luas di dalam bidang perniagaan samada beliau sendiri pernah dan sedang menjalankan perniagaan atau berpengalaman mengurus selia usahawan-usahawan lain ke peringkat yang lebih baik;
- Mempunyai etika bisnes yang baik, tidak mengambil kesempatan ke atas kelemahan usahawan;
- Mempunyai skil komunikasi yang baik dan meyakinkan;
- Seorang yang mampu meningkatkan tahap motivasi seseorang usahawan. Beliau juga harus mempunyai skil dan pengetahuan yang baik di dalam bidang psikologi keusahawanan;
- Bersedia pada bila-bila masa dalam menawarkan diri untuk memberi sokongan dan khidmat nasihat apabila diperlukan.
Namun, perlu diingatkan bahawa seseorang Coach Bisnes itu tidak semestinya bersesuaian dengan setiap usahawan. Dengan lain perkataan, tidak ada seorang Coach Bisnes yang bersesuaian dengan semua atau mana-mana individu usahawan.
Perkara ini berlaku disebabkan ketidaksesuaian dari segi pendekatan di dalam menyelesaikan sesuatu isu, perbezaan nilai-nilai dan etika berbisnes. Ia juga termasuk konflik dari segi personaliti dan tahap kebergantungan seseorang usahawan ke atas Coach Bisnes tertentu.
Oleh yang demikian, proses pemilihan seseorang Coach Bisnes harus dilakukan dengan cermat dan teliti agar tidak berlaku kekecewaan, pembaziran masa, tenaga dan juga wang ringgit.
Berikut di senaraikan langkah-langkah saranan untuk diambil oleh para usahawan di dalam memilih seseorang Coach Bisnes:
LANGKAH 1: Dapatkan cadangan atau rujukan senarai pendek Coach Bisnes dari mana-mana rakan-rakan usahawan yang lain yang telah berpengalaman menggunakan perkhidmatan mereka. Ini adalah langkah paling awal dan yang terpenting di dalam menyenarai pendek calon-calon Coach Bisnes yang harus kita perhati dan ikuti.
LANGKAH 2: Ikuti secara rapat perkongsian ilmu dan pengalaman Coach-coach Bisnes yang telah disarankan itu melalui platform media sosial atau di website yang disediakan secara percuma.
LANGKAH 3: Jika dirasakan pengalaman, pengetahuan dan pendekatan seseorang Coach Bisnes itu bersesuaian dengan apa yang diperlukan maka sertailah mana-mana platform perkongsian ilmu yang berbayar seperti di Zoom Webinar, Facebook Closed/ Private Group, Exclusive Whatsapp Group, Telegram Channel dan seumpamanya. Di platform-platform berbayar ini harus kita jangkaan perkongsian-perkongsian ilmu bisnes yang lebih mendalam dan terperinci.
LANGKAH 4: Seterusnya jika berpuas hati dengan penyampaian dan pendekatan yang diperolehi di LANGKAH 3, mendaftarlah ke seminar atau kelas perkongsian ilmu berbayar yang diadakan secara bersemuka. Di langkah ini, cuba dapatkan respon secara langsung dari Coach Bisnes berkenaan ke atas sesuatu isu atau topik yang selama ini membelenggu fikiran kita. Cuba dapatkan kepastian bahawa Coach Bisnes berkenaan mampu menjawab persoalan kita dengan baik dan berpotensi untuk membimbing kita ke tahap yang lebih tinggi. Di tahap ini juga kita harus memastikan bahawa di antara kita dan Coach Bisnes berkenaan mempunyai 'chemistry' yang baik untuk berhubungan dan berurusan.
LANGKAH 5: Setelah melepasi kesemua langkah-langkah di atas baru lah dinasihatkan seseorang usahawan itu untuk meminta butiran dan sebutharga program yang ditawarkan oleh Coach Bisnes berkenaan. Usahawan haruslah mempunyai matlamat dan jangkaan tertentu sekiranya beliau membuat keputusan untuk menyertai program yang ditawarkan oleh Coach Bisnes berkenaan untuk mengelakkan salah faham jangkaan di masa hadapan.
Selamat berbisnes.